NEWCASTLE United mempamerkan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas juara Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di laman sendiri, awal pagi Khamis.
Newcastle membuka tirai jaringan menerusi Miguel Almiron sebelum Dan Burn menjaringkan gol menerusi tandukan enam minit sebelum rehat untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.
Sean Longstaff memastikan pasukan yang kembali semula ke kancah Liga Juara-Juara selepas 20 tahun itu selesa dengan gol ketiga, lima minit selepas babak kedua bersambung.
Lucas Hernandez cuba merapatkan kedudukan untuk PSG enam minit kemudian, namun pertahanan Newcastle, Fabian Schar melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk meletakkan Newcastle di puncak Kumpulan F dengan empat mata, satu mata di depan PSG di tempat kedua.
PSG mengalami kekalahan paling teruk dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sejak tewas 0-3 menentang Chelsea pada September 2004, dan bolos empat gol dalam perlawanan kumpulan pertandingan itu buat kali pertama sejak kekalahan 3-4 kepada Deportivo La Coruna pada Mac 2001.
"Saya gembira untuk pemain atas apa yang mereka berikan kepada saya dan kelab bola sepak ini. Ia adalah perasaan yang sangat baik untuk semua orang di sini.
“Secara taktikal,perlawanan ini melibatkan dua pasukan yang sangat bagus. Kami terpaksa cuba mengganggu mereka dan penyokong membantu kami melakukannya. Menjaringkan empat gol bukanlah sesuatu yang kami jangkakan,” kata jurulatih Newcastle, Eddie Howe. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
Longstaff menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan UCL kumpulan F antara Newcastle dan PSG di St James' Park, Newcastle, England, 4 Okt 2023. (Foto AP)
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir
PSG bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mara ke separuh akhir UCL.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Barcelona padam hasrat Napoli
Xavi Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli sambil percaya mereka mampu bersaing.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).